My photo
Can I just skip this part? It's gonna be boring. This blog a bit floaty, never fixed and rarely stable. Hope you will enjoy it at least once. HAHA nvm. I heal, I raid, I grind, I QUIT, and the history? It's gonna repeat itself.

Ego Seorang Lelaki


Aku tahu dan aku akui bahawa perihal lelaki ego sememangnya dah lama dan dah lapuk. Bak kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Ha? Lelaki. Okey bila sebut "ego" je mesti dalam kepala kau muncul wajah-wajah lelaki kan? Tak aci betul. Tapi, lelaki dan ego sememangnya tak dapat dipisahkan lagi. Ini memang dah jadi eset kepada kami sebagai lelaki okey. Kejap-kejap, siapa yang panggil lelaki ego? Ehem aku rasa tak lain dan tak bukan, perempuan (yang lebih ego lah kan?, lalalala).

Tapi sebelum nak baca tu (kalau nak bacalah kan), baca Bismillah dulu. Serious ni, lebih afdal, tak gitu? Dan sebelum terlupa, yelah aku ni pelupa kut, aku nak ucapkan terima kasih kepada tiga orang perempuan yang penting dalam menghasilkan entri ini. Miss FH [link] dan Miss Nuruashia [link] yang mencetuskan idea ini. Eh tadi kau kate tiga Ide, mane lagi sorang? Lagi sorang mak aku lah, sape lagi. Takde die, tak terhasil entri ni bai. Kan? Saya sayang mak saya.

Credit kepada blog Reverse Psychology.
Click HERE to go to the main post.

  1. Okeylah, aku rasa ada satu situasi yang aku cuba nak ceritakan kat sini. Kau (perempuan) tak boleh kata yang lelaki itu ego ya, kalau sedang kau atau kawan-kawan sekaum kau tengah berjalan lepas tu bertembung dengan seorang lelaki. Malangnya kau sebagai perempuan kaulah yang kena mengalah dan ketepi sikit untuk bagi lelaki tu jalan dahulu. Maka dalam situasi ini, ego kah lelaki itu? Kerana tak amalkan konsep "ladies first"? Egokah? Tidakkan? Lagipun kalau ikutkan kau (perempuan) kan kecil (HAHA), maka memang patutlah kau yang ketepi sikit dalam situasi ini. Betul atau tidak? Perempuan memang "kecik" je, nasib baiklah comel, kut (kadang-kadang). Perasan lah tu.

  2. Situasi yang kedua, okey yang situasi ni lebih random aku rasa. Dalam satu majlis suka-suki. Ada masa, bila mana salah seorang daripada manusia yang attend that event membuat kelakar. Dan like always, semua akan gelak. Ada yang gelak kuat sampai tahap nak kaki je aku rasa (eh apsal macam aku pun ada dalam majlis tu) dan ada yang gelak sikit je (which looks so cute) dan selalunya yang gelak sikit je tu adalah perempuan. Tapi kalau korang perasan dan pernah alami situasi ni, perasan tak korang kadang-kadang tu, ada je (mesti ada ah) sesetengah lelaki yang langsung tak ada respon. Dan dalam hati korang, mesti korang cakap "eh bajet betul mamat ni, langsung tak gelak? ego sungguh!". Tak. Tak kau salah. Lelaki tu bukan ego, dia matured lah. Woah! It's true.

  3. Yang ketiga, satu situasi bila mana kau (perempuan) tengah duduk lepak-lepak membincangkan hal dunia a.k.a mengumpat. Haha. Opss gurau je. Tak kisahlah eh? Lepas tu ada la lelaki ni. Dia lalu depan korang-korang ni semua. Lepas tu korang pun senyum pada dia, macam kerang busuk. But unfortunately, si lelaki itu langsung tak senyum semula. (Padan muka kau). Malahan dia buat muka tak perasan pun. Lepas tu muka korang-korang (perempuan) pun jadi merah. And finally, topik perbincangan korang akan berubah dari kisah "lecturer suka up diri sendiri" kepada kisah "woi ego gila jantan tu, bajet hot je kan?". Kejap-kejap, tadi apsal kau senyum? Nak beri sedekah kan? Anggap jelah lelaki tu tak terima sedekah kau, kan senang camtu.
   

Dan conclusion?
Ego sebenarnya adalah satu perasaan yang melibatkan keyakinan dan jati diri seseorang. Which means, seseorang itu rasa dia lebih bagus dari orang lain. Selalu nak menang. Tak kisah la dari aspek pelajaran ke, percintaan ke, pendapat ke, pengalaman ke dan banyak lagilah. Tak dinafikan memang kami sebagai lelaki, perasaan ego kami agak tinggi lah jugak. But actually, perempuan pun sama je. Cuma egonya perempuan boleh tumpas ditangan lelaki.

Tapi, jangan risaulah, ego kami sebagai lelaki ni tak kemanalah. Kerana? "Wehh dah tu kalau kitorang ego sangat, nanti nak kawin dengan sape dowh? Kerbau? Pokok? Atau mesin atm? Memang tak lah kan. Diorang bukan sepadan dengan kitorang pun, korang (perempuan) jugak yang kitorang cari nanti. Pondan? Maknyah? Mintak simpanglah!   

Sekian terima kasih, ditulis dengan penuh rasa ego oleh seorang lelaki yang memang ego. Tapi egonya dahulu pernah diserahkan kepada seorang manusia. Yang bergelar wanita. Yang sangat istimewa. Tapi itu dulu punya cerita.

Hint : Jangan risaulah, ego lelaki tu senang je sebenarnya nak diruntuhkan dan dileburkan. Dengan syarat, cara mesti betul, timing jangan lari, dan hati kenalah ikhlas dear bai.
Most Favourite Comments :

Nice to meet you too. :)
 Comes from Affina Fatin!

 Oh tulah, template baru ni cam hampeh la jugak. T_T
Hurm hurm so based on that soalan, aah kene jugak. (egokan saya? hahaha)
Comes from kusiberjalan!

 Ohh yeke? Tak baiklah cakap megah.
Just telling you something truth, try to be humble.
It's kinda fun. Seriously.
Comes from syafiqakarim!

 I got what you mean bro! :)
Comes from Republic Aku!

26 comment(s) to remember:

Woofer Storm said...

sy akui sy ini egois...heeeeeee

maCy said...

takde masalah lah ego. yg melampau je susa sikit. laki yg tak ego tu sebenarnya yg bermasalah.

kusiberjalan said...

hahahaha! giler lame nak cari button comment kecik sgt budak rabun cam saya ni xnampak...haha!

situasi 1 tu kan lau gadis tu kecil molrek comel bersaiz xs, s, m, l bolellah ketepikan,kan? kan? (sila angguk sebelum kene tumbok...garang tak? haha!) habes tu manusia gedebor gedebak bersaiz 2L, xl, ++xxxlll cam saya ni camne? kene beri laluan juga ker? even terpakse menjunam masuk ke lembah longkang? T..T haish..susahnyer kehidupan ni... haha!

cik chopu said...

hakikatnya equal je. lelaki perempuan sama je darjah keegoannya. cuma bila dah namanya dalam relationship, kalau dua dua nak hati konkrit, memang masuk longkang la en.

wanacesh said...

amboi baiya,,aku rsa ko x lah ego sgt kot sbb ko berani ngaku hati ko pnh dberi pd sorng awek,,pewit~,,
aku rsa laki yg ego tu nmpk macho la,,laki yg ego mmg slalo dikejar awek,,sbb dia nmpk cool~

Syafiq Rosli said...

ego bialah bertempat kan..

napeace™ said...

Ntah ego je laki. Laki je ego. macham pompuan tak ego jek.Haha
*suka conclusion tu

Yamaha Ego lagi best.

FH said...

hahaha ala.. lelaki paling susah la kalo bab2 mintak maaf. w/pn dorg yg salah. ;pp

nu-own said...

lelaki memang ego tinggi! so xheran la kalau aweks cun sanggup tinggal pakwe hensem nak mampos sebab ego pakwe tu terlalu tinggi mcm KLCC..*hiperbola sikit..hehe


sape rugi??? ;D

melle amir said...

"timing jangan lari"
hahaha

Dea said...

Boleh bagi tips tak mcm mana nak bako ego lelaki? waa dh tanya usop wilcha tapi dia suruh tanya kau . HAHA

Republic Aku said...

ego yang membodohkan kita ,lelaki.

Affina Fatin said...

Menepikan ego untuk meninggalkan komen =p nicce to meet u

syafiqakarim said...
This comment has been removed by the author.
cik najihah said...

feh nice entry lah :)

nurayunni said...

lelaki kdg2 je ego tp bile da strt ego sush nk menglah...

Anonymous said...

Hello. And Bye.

Nur Nasihah Bte Wazali said...

ego. huhu..semua org memilikinya..

Wani said...

ego ?? semua orang ada kott .

AizA said...

hahaha... xde manusia yang xde ego... mungkin nampak ia lebih pada lelaki kerana lelaki perwatakannya keras... sesuailah..

lady dayana. said...

tak. senanya lelaki mmg ego. coz i found 1 in my life ! ego sgt eh, nak dia je menang.. tp mmg pompuan pun ada jugak tapi lelaki punya lebih terserlah..haha.

i am S!L4H.. said...

laki mmg bese dgrego2 ni. tp pmpuan kalo dh ego mmg.......fuhhhhh
demmmmm

bedpet said...

kawen dgn mesin atm buleh kaya oohhh. hahaha

Sunah Mohammad said...

yang situasi 1 tu lelaki tu bukan ego ke hape...tapi lelaki tu tak gentleman..ahahaha~

auww...da lain lah blog ni~ hehehe...

khairunnisa ♥ said...

pernah dengar kawan kawan lelaki bersembang

*speechless* weyy..

aein~farhana said...

jln2 cni balik yer..=)