My photo
Can I just skip this part? It's gonna be boring. This blog a bit floaty, never fixed and rarely stable. Hope you will enjoy it at least once. HAHA nvm. I heal, I raid, I grind, I QUIT, and the history? It's gonna repeat itself.

Saya Nak Bagi Tips Baik Punya Ni. Cepatlah Baca!

Ade orang tu kate aku kedekut tips nak dapatkan traffic. Sampai hati. Nah ameklah tips. Buat satu-satu. Jangan miss walau sebijik pun. Tapi kalau ada tips yang tersalah tu tegur-tegurlah bak kata pepatah buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong? Jolokkan? Salah. Ambil galah pergi la kait buah kelapa/nyiur tu bagi aku minum. Haha, langsung tak jadi lawak aku. Okey start. Serius.


1) Submit URL blog korang kepada Google.
-Tak payah nak terangkan Google tu ape, semua orang pun tahu. Google merupakan search engine nombor 1 di dunia buat masa ni. So kegunaan submit URL blog korang kepada Google adalah supaya Google kenal blog korang tu. Sekaligus kalau ada orang search sesuatu perkara dan benda tu ada di blog korang secara tak langsung blog korang akan dilawati. Ini dikira unique visitor (UV) dan UV sangat penting bagi advertiser seperti Nuffnang. Kalau nak buat sila ke sini. [link]

2) Ping URL blog korang selalu.
-Tujuan ping blog ni adalah supaya apabila korang update je tak sampai beberapa minit entri tu akan terus keluar kat Google. Maknanya bila korang dah taip entri yang panjang-panjang tu sampai keluar air mata darah semua, dalam masa beberapa minit bila korang search dah ada di page Google. Baguskan? So naiklah lagi traffic. Sukalah tu. Jadi kalau nak search kat post ni nanti jadi panjang sangat jadi aku post kat bahagian Page atas tu, sebelah "good tips!". Cepatlah pandang atas sekali. Haa yang nama Ping Free! tu. [link]

3) Update blog korang selalu.
-Maksud selalu tu adalah paling kurang pun 2 hari sekali. Itu pun paling takde idea lah. Idea sebenarnya jarang datang macam tu je, selalunya orang cari. Macam ilmulah jugak. So next entri mungkin aku bagitahu cara macam mana nak dapatkan idea paling senang dalam dunia. Hal ini kerana, bila korang update selalu memang seriously nanti enjin Google dah kenal sangat dengan blog korang sekaligus senang la nak keluar dalam page carian Google nanti. Faham?

4) Jangan tak komen.
-Biasanya kalau korang jadi silent reader je tak apa. Tapi kalau korang tetap jadi silent reader sampai 20tahun lepas tu dah tua nanti mengadu pada anak-anak cakap kawan-kawan ayah/mak dulu semua tak sporting sebab tak ada seorang pun yang nak masuk blog ayah/mak padahal ayah/mak rajin je melawat blog diorang. Haa pastu nanti anak korang jawab, alah ayah/mak tak komen kan? Main baca je lepas tu blah memang la. Tengok diorang pun tahu benda tu. So rajinlah komen dan tinggalkan link. Tak salah benda tu, asalkan link tu link untuk entri yang bermanfaat dan bagus dan ada kualiti. 

5) Jangan sia-siakan entri lama.
-Ini bermakna korang jangan membazir, dah taip penat-penat takde orang bace lepas tu mati macam tu je entri tu. Kan ke tak patut kan? Jadi caranya adalah isi link dalam ayat kalau korang rasa ayat yang digunakan agak sama dengan entri-entri lepas. Maknanya macam yang aku selalu buat tu. Tengok perenggan atas ni pun ada. Haa jadi kalau mereka berminat mereka keliklah.


Ni pun nak bace silakan bersila.
Kalau nak senang cite pergi kat sini je terus. Semua ada dalam satu page. Kelik sini!

*Nah inilah saja, 5 tips menaikkan traffic dan rank blog anda. Lain kali aku share lagi. Banyak sangat sebenarnya. Tapi kalau semua nak taruk kat sini lemak ah. Tak gitu dei? Alamak apsal tetibe speaking indon ni?  

Most Favourite Comments :

Insyaallah. Doakan umurku panjang. :)
Comes from Salhah Suhot!

Hohoh. sigh *terasa*. Sorry aku dah cuba nak layan semua.
Tapi sekarang kerja, and it's soo busy. Nak online lama-lama
pun kena fikir banyak kali dulu. Bukan tak nak layan tau, but i had try.
Sebab tu ada buat "Most Favourite Comments" kat sini.
So at least boleh respon to some comments from you.
Hope korang faham la eh? Sorry.
Comes from kusiberjalan!

28 comment(s) to remember:

Amiey White said...

Nice info from handsome men :)

Btw thanks selama ni x tau lak :D

A.s.t.i.n.a said...

Haihsss Swift! jgn suka2 nak jolok buah orang walaupun buah itu di luar pagar.. uuu no no..

Azie Azra said...

wuuu wuuu !
sy bukan silent reader.hehe
thx for the tips :)

kema said...

ooo cm2...patut la kena nyer x gerak2..hehehe....terima kasih ek...sgt2 membantu..

Orangeous said...

tq 4 share

Tuan Din said...

waah... sangat2 berguna...
toche... toche...

~~DucKneSs~~ said...

howh..patutlah asal pagi je, aku chek byk beno entri dr ko..upenya dua kali shari update..tabik spring btol ah..


btw, xminat nk main nuffnag tu sbb xreti lgsg nk guna cmne..*sigh.. noob kan aku nih?

DaK CoMoT said...

owhhh macam ni ea...mekaseh untuk info terbaikkk.. ^__^

SaYraH WonDerLanD said...

hakhakhak sapa cakap mr Swift kedekut tu? ish ish ish., Mana ada kedekut kan? Thx untuk berkongsi. Heee

aida-myasara said...

tq for tip tp idea selalu kering tak tahu nk story apa...bengap tahap gaban ...huhuhu

ShidaHaron said...

dah agak dah, memang tuh la carnya
tapi malas nak buat je. ehe! =p

Sunah Mohammad said...

otai sudah berbicara~ weehuuu~~

miss lolly a.k.a luvfareda said...

Nice :)

tips nak majukan lagi belog..

Golden Rose said...

good info...thanks for sharing

kusiberjalan said...

tapi kadang2 an dah komen berjeler2 berinci2 selalu pulak tu menempek kat blog orang tak dilayan sedey jugak ...hohoh T..T

airaniez wirdani said...

Nice!yg part search kat google tu awal2 bgus tu..huhu

Firdaus Nor Hairy said...

Tq sebab kongsikan idea yang bernas!!
hehehe,ianya amtlah dihargai...

CinoiLavigne said...

Nice one!!

Dulu masa awal2 blogging tiada yang bg tips begini.
n i mmg menjadi silent reader since start blogging dulu.
just recently rajin bertegur sapa.

sufie_purplepink said...

mn link 'like' ni? xde? ishkk,ishkk,ishkk~ ~ ~ bru je nk like. xpe la. wat la sendiri.
ok. dh like dh.
notification kat blog mr.swift, 'sufie_purplepink like your post'.

lavender harum wangi said...

Dei? Macam speaking kap lam ya nga je... Speaking Indon ke tu? err, konfius dei~ >,<


terbaru Cara mudah nak dapatkan trafik

Linda Zizan said...

hye mr. switf .. hahaha
saya malas nak bace sebenarnye, sbb saya da ade ..
tapi saya tak tau la kalo tu pun di pggl trafik ke x ..
hax

tapi saya punye tu ok x?? :D
(dekat sbelah kiri blog saya ...)

(juz nk tanye tu j .. :D )

Hanie_Dew said...

you are trully "sharing is caring" person..adore you..

Salhah Suhot said...

terima kasih daun keladi.lain kali letak tips banyak2 lagi!

Nurul Hani said...

waaahh, TIP YANG BAGUS< dah buat semua, tengs tau !

Nurana said...

bile sifu berkingsi tips dengan anak murid! ARIGATOO :)

fAiRy PrInCesS said...

tips no 2 n 3 tu malas nak wat.. hehehe kadang2 xde idea

Kelapa Goreng said...

wah.....
best2........
thank for the info.......

Nik said...

Tima kasih bg tips...ptt la blog saya xjalan je..huhu..ada tips upenya..

tq :)