Please read the disclaimer before you read this.

Untuk awak,
Dulu, saya selalu puji-puji awak, cakap awak cantik, cakap awak lawa, tapi awak cakap saya tipu, cuba nak tackle awak, cuba nak ambil hati awak padahal saya memang puji dengan ikhlas. Tapi tak apalah, mungkin awak lebih tahu ikhlas tu macam mana kan? Nanti awak ajar saya eh macam mana nak ikhlas. So, saya cakap awak tak berapa nak cantik, tapi tetiba awak cakap saya hina awak pulak. Awak! Saya bergurau je tu. Kenapalah awak tak faham?
Dulu, saya selalu tegur-tegur awak kalau awak buat salah, tapi awak tak suka. Awak cakap saya ni demand lebih lah, bajet baguslah, poyolah. Padahal saya tegur sebab nak tengok awak jadi perempuan yang perfect. Tapi tak apalah, memang saya poyo pun. Memang saya demand lebih pun sebab pernah suka pada awak padahal kita jauh berbeza. Saya sedar tu sejak mula kenal awak sampailah sekarang. So, saya tak tegur awak dah kalau awak buat salah. Saya pandang je, sambil tersenyum. Tapi, tak pasal-pasal awak cakap saya ni takde perasaan. Sekali lagi awak cakap saya tak berguna. Okey, saya senyum je, mungkin betul ape yang awak cakap tu.
Dulu, saya selalu perli-perli awak, cakap awak mulut murai. Banyak cakap. Tapi awak marah, merajuk, tak nak balas mesej, tak nak angkat call sampai berhari-hari. Last-last saya terpaksa gunakan kawan awak untuk pujuk awak. Awak terus cakap saya tak ambil berat pun pasal awak sebab tak pujuk awak time awak merajuk. Cubalah awak angkat call tu, pasti awak tak akan cakap semua tu. So, bila awak banyak cakap, saya cakap awak peramah. Awak suka, saya pun suka. Awak! Peramah dan banyak cakap tu bukan sama ke?
Dulu, saya selalu ejek-ejek cakap awak lemah dan lembik macam marsmallow, tapi awak selalu bengang dengan saya, cakap tak puas hati, cakap saya mengada-ngada tak faham hati perempuan. Banding-bandingkan saya dengan budak-budak lelaki lain. Awak bandingkan saya dengan Justin Bieber! Saya tak faham kenapa, tapi saya takut nak tanya. Nanti kalau tanya lagi banyak masalah yang timbul. So, saya cakap awak kuat, gagah perkasa macam Badang, tak pasal-pasal awak cubit saya. Sakit! Tapi, saya tak kisahlah. Sayakan sayang awak.
Dulu, saya selalu tanya-tanya dalam mesej sama ada awak dah makan ke belum? Awak dah mandi ke belum? Awak dah tidur ke belum? Tapi awak selalu tak jawab soalan saya. Awak cakap saya ni membosankan sebab asyik tanya soalan yang sama je tiap-tiap hari. Mungkin betul lah tu saya ni membosankan. Saya pun tak tahu kenapa saya jadi membosankan, padahal kalau dengan orang lain saya okey je. So, saya dah jarang tanya semua tu. Kita pun dah jarang contact, jarang call, jarang mesej, jarang jumpa, jarang jalan sama-sama. Semua tu dah tak ada. Saya harap awak faham. Sebab saya memang membosankan. Bila bersama awak.
Dan hari ini, saya cuma nak awak tahu bahawa saya adalah saya yang kini, yang mungkin lebih baik dari saya yang awak kenal dulu. Walaupun kenangan tu dah lama. Walaupun kawan-kawan saya cakap "Wehh kau lupakan jelah die tu, die dah lama lupakan kau!". Tapi saya tak nak dengar cakap kawan-kawan saya. Sebab saya yakin awak pun ingat lagi pada saya. Kalau tak banyak mungkin sikit pun jadilah. Sebab macam Mat Salleh cakap, memory with you is the best damn thing ever that i ever had. Mungkin ia menyakitkan bagi saya, tapi takpelah sebab bila ianya menyakitkan untuk saya, saya tahu ianya tak akan menyakiti awak.
Yang benar,
-orang yang paling awak benci-
Edited Version. Thanks to Fadzli-rt.
Most Favourite Comments :
Thank you. :')
Comes from pwincess Lov3y dOv3y!
Manja? Err no. She's cool. Ohh btw i never celebrate that.
Comes from alexa yussida!
I hope so. Only if she can read this. T_T
Comes from wirdawahid!
Lol jodoh? Tak faham jodoh tu ape. Cewah. Btw thanks!:'D
Comes from Kina!
Live from history not for history. Okey! :)
Yeah, u too. And to all of you!
Comes from FIFIEY!
Eh bukan sambut Valentine lah. Saje je buat this entry on this day.
Since ini je yang ade dalam kepala. T_T
Comes from kerusiberjalan!
Most Favourite Comments :
Thank you. :')
Comes from pwincess Lov3y dOv3y!
Manja? Err no. She's cool. Ohh btw i never celebrate that.
Comes from alexa yussida!
I hope so. Only if she can read this. T_T
Comes from wirdawahid!
Lol jodoh? Tak faham jodoh tu ape. Cewah. Btw thanks!:'D
Comes from Kina!
Live from history not for history. Okey! :)
Yeah, u too. And to all of you!
Comes from FIFIEY!
Eh bukan sambut Valentine lah. Saje je buat this entry on this day.
Since ini je yang ade dalam kepala. T_T
Comes from kerusiberjalan!







64 comment(s) to remember:
Haih ini betul2 tulus dari hati ni. Tak pernah lg tgk awk post sebegini rupa. Sedih bace huuuu
life must go on bebeh !
past is past . future is future . berhak dapat yang lagi baik yang lagi memahami yang lagi err lagi lagi lah .heheh
adoish... touchingnyer baca entry kali nie.. huhuhu..
tapi betul la tu.. dia msti tak lupakan awak...
adoish... touchingnyer baca entry kali nie.. huhuhu..
tapi betul la tu.. dia msti tak lupakan awak...
salam..patutla komen swift nampak macam sedih jek kat kempen tu...hurm..
err, jiwang jugak kau kan Ide~ xpela Ide, bunga bukan sekuntum~ kumbang je yg xbanyak, tapi bunga berlambak.. ko pilih jela yg mana berkenan Ide, tapi jgn ko amik bunga orang~ :D
T.T
nak wat cam ne kan...
cam kesian je baca...
baiklah.. nangis T_T
cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata " aku turut bahagia untuk mu "
wahh..ni fikir sendiri ke..syahdu gile.
woah sweet gila bro. huhu. sweet tai nape aku tulis 'huhu' ni. pape pun/ cool gila blog ni. serius!
sobss (T_T).huu
wow...menarik....:)
Sedihnyeee. Mata berair cam nak nangis.
Ni cite betul ke tipu? Hehe! =)
asal sedey ni..?? nak bahu ke?
meh sini bahu ke bahu meh... ;p~
sdey plak ttbe.. hmm..~
ohh...entry ni mcm sedih je...hihi :) chill dude !
Sedih kot. T_T Rasa nak nangis baca. Andai that girl baca mesti dia nangis. Aish. Hope kamu move on ok? Jgn toleh ke belakang lagi .
hye justin bibir..nak signnn=p
huahahaha! xtau nper tetibe je gelak... ok baru sedar gelak sebab bace pesanan kotak comment mengomen ni lantas idea terbang ilang serta merta nk comment tntng entry ini..sekian... harap maklum... o..0v
uishhh... sedeynye baca... tp yela... tarikh ni gk prnh wat sy bhgia tp prnh gk jd perkara yg plg menyakitkan... So to u, juz be strong. ^^
weh,nk nangis..='(
wahahaha...
nasib ko same ngan aku dude...
jangan isau, bunga ada berpuluh jutaan lagi kat luar tuh...xpun jom pi maghribi...haa...ongkosnya murah juga pak...haha
pompuan kadang2 ssh nak fahami..mgkin die jenis yg manja kutt..
psst,org tak smbut valentine la wak..tak elok:D
sedihnya bc entry ni..hope u jmpe dgn seseorg yg lbih baek =)
gila terharu weh! :'(
kalaulah semua orang dalam dunia ni tau menghargai, mesti tade hati yang kecewa kan..?
gila terharu weh! :'(
kalaulah semua orang dalam dunia ni tau menghargai, mesti tade hati yang kecewa kan..?
i love this entry, rase dekatt sangat dengan saya :)
no body's perfect :)
thats y in relationship, sikap "terima seadanya" perlu diamalkan, supaya same2x membimbing di mana kekurangan masing2x. masing2x memerlukan :)
Oho.sayu.ni betolke apa.
nk buat utk bekas kekasih sy jg lh huhu
:) smile..
alahaiiii kenapa sedeyh ni . sabar okayyy . u deserve better kot kan :)
chayokkkkk :D
Dia ingat lagi tu.Perempuan mmg complicated sikit.Ade jodoh x ke mane.kan? No harm in being optimist.If it's not meant to be means there's someone better awaits you tu.cewah :)
Ide , tlg aku.. tlg like pic aku.. hehe, meh3, jenguk blog aku meh~ :D
sedeynye.. remember this quote "seandainya kita dicipta untuk bersatu, pasti satu hari nanti kita akan bertemu. seandainya kita dicipta untuk tidak bersatu, walau dekat selalu, kau takkan jadi milikku.." dalam erti kata lain, kalau ada jodoh tak ke mana..
waaa. ini sedih gila baca ni. nampak keikhlasan disitu. hik T__T
perempuan=unik+misteri.hehe :)
sedih gila....
pagi2 da nagis...
ini entry sangat jahat.....
(T_T)
jiwang btol..bunga bukan sekuntum bro...
ha ha ha..wow, entry ni jiwang nyer...hehehe..anyway..thnx for dropping by...love ur blog
ok ingt balik dah senanya laki ker pompuan semuanya same jer...susah nk dimengertikan..yelah personaliti maseng2 xsemua sama...so dun worry if couple kite tu tingglkn ke...sbbnya mungkin tu bukan jodoh kite..dah tersurat tersirat jodoh kte d tgn Allah dah tertulis di luth mahfuz...mungkin Allah nak bagi kite yang lebih baik supaya dpt bimbing kite di jalan yang diredhai Nya sape tau..btw...14 valentine, 15 maulidur rasul..alangkah indahnya kite sambut besar2an kelahiran Rasullah kite berbanding memperingati paderi valentine ni... 0..ov
xpe la Mr.swift
mgkin dia bkn yg terbaik
Tuhan itu lbh mgetahui
sbr je la k
so sincere.. hope she will read this and also will realize someday ;)
kalau ada jodoh,takkan ke mana..
well,awak nampak mcm lelaki yg betul2 setia... payah nak jumpa spesies mcm ni skrang...
saudara terpilih untuk menyertai 'CONTEST 50 FOLLOWERS : CIK FYZA' kalau sudi silalah join ye ?
kalau dh ada pengalaman senang sja menjiwai watak dalam penulisan kan?
haha, apapun, let's bygones be bygones. focus to what will happen ahead! don't ever looking back. live from history not for history. ok?
goodluck. Salam Maulidur Rasul!
payah bunar nak cari laki ce gini..hihi :P
i like this..^^
nama awak ada kat peserta no 25..
try g check tgk..
feel free to do it
http://duniafyza.blogspot.com/2011/02/yeay-dah-cukup-kouta.html
tak ape,,bunga bukan sekuntum bro..byk lagi kat luar tu..yang komen blog bro ni pun byk perempuan..apa lagi..pilih la yg mana satu bro suka..haha..gurau je...sselamat maulidur rasul bro..
ENTRY BARU ALIEF..rugi kalau tak baca.. -->"CARA-CARA HARDCORE NAK PROPOSE OR PIKAT HATI ORANG YG KITA SUKA""
this is my first visit to your blog . well , kadang kadang girls memang cepat semtap laa bro *based on exprience* but whatever it is , be strong yaaa :)
ur own experience yer ^^
xpelah, jika dia mmg ditaqdirkan utk hdp dgn kita, insha Allah dia akan kembali & menerima awak spnuh hati, tp jk dia mmg buka tercipta untuk awak, ada gadis yg lbh baik sdg menanti awak dgn penuh senyuman & ikhlas menerima awak seadaanya ^^
Thank to all of you. :)
*oh ini cerita zaman dahulu kala. just want to share it. :D
as salam..eh?
kempen kami tak sambut valentine.
entri ni...
minta padam pada bahagian ayat.. teguran sekadar menegur mana yang tersilap..
Assalam swift..
owh,zaman dahulu kala ni laa yg buatkan kite makin matang...
pengalaman mengajar erti kehidupan...lps ni mungkin kte lebih memahami camne partner kte..kan2??:)
salam maulidur rasul..:)
wa'alaikummussalm..
haa,..blogger macam ni yang saya suka singgah2 lepas ni ;)
punya penulisan yang baik, dan boleh terima pendapat ;)
ok, part yang kena padam tu, :
"Hari ini Valentine's Day. Hari untuk memperingati kekasih. Hari untuk memperingati bekas kekasih bagi saya. Hari ini jugak genap 1 tahun 1 bulan 1 hari saya berpisah dengan awak. "
dan lagi cantik kalau kamu gantikan dengan satu ayat yang simple.tapi punya maksud dala.macam..
"saya memang tak boleh sambut hari ni.tapi hari ni, saya adalah saya yang kini.yang mungkin lebih baik dari saya yang kamu kenal dulu" aa..lebih kurang macma tu laa.er..saya memang tak pandai bab-bab jiwang ni.maaf ya.huu..
dan bahagian :
"Dan hari ini, hari memperingati bekas kekasih bagi saya. Hari memperingati awak."
sebab, ayat2 diatas seperti kamu menyokong hari valentine tu.walaupun dalam hati kamu berkata tidak pada hari tersebut.
sebab, pembaca ni, pembacaan dan pemahaman mereka, berbeza-beza.
macam saya; kalau ada satu2 entri di siarkan, memang saya baca habis dan fahamkan.sebab ia boleh dijadikan entri kalau saya minat nak olah. kalau ada blogger lain sekadar tengok tajuk, dan kemudian baca ala kadar isinya, tidak pada saya.saya akan tengok betul2.adri segi susunan ayat, maksud tersurat tersirat, dsb walaupun entri tu cuma entri kosong.sebab saya juga pernah melakukan kesilapan dalam penulisan blog.ada yang tegur kesilapan tu. kalau ada penulisannya perlu ditegur, saya tegur.
suka baca mutu penulisan yang semakin baik.walaupun cuma entri kosong ;) kerana kadang kala, tak semua entri yang perlu saya hadap dalam blog, entri yang serius ;)
kalau saya cakap awak jangan marh ye,ni 1st time juga la tgok awak buat luahah rase=)agagag
1.mungkin perempun istimewa awak tu tak suke awak terlalu bermulut manis,yelah kan skrng kita diwar2kan lelaki bermulut manis selalunye playboy,and mybe die worry awak ade some1 else
2.pramah dan banyak cakap is different bro -_______-.why?? sebab banyak cakap die ingat mulut pokpek tapi kalu peramh lagi means mesra alam.
3.awak kene berikan lebih perhatian kut,tapi saya tak rase mcm tue,sbgai prmpuan saya gembira if orang yang saya syg slalu txt sya,tapi kdg2 mungkin dia bosan,
and lepas ni if awak 'bercinta; sekali lagi,kenal pasti girl tue mcm mne dulu..beljar dari pengalamn awak
ye nak lupekan memng sush kan tmbh2 bile kita da benar2 jatuh syg pade orang tue,tapi biala yang lepas tetap lepas,kalau puatr balek wktu pun ia ttp akn terjadi..
maaf kalau saya tersalah ckp,atau terlalu muda untuk bg kumen2 dekat awak,
tapi honestly even saya muda lagi la en baru 18 kan agaggag,tapi say pernh mngalami mc awak,n sbhgian dri crita awak itu adlh dri sya sendri,cepat emo,salah faham merajuk,and half lagi adlah diri awak coz bile sye dah syg some1 saya syg sgt2..
"sayang tu memang susah nak buang/lupakan tapi sampai bile nak simpan kalu orang dah tak sayang"
salam.. jeng3
asal tacing wey..sentapp ah ayt2 ni
p/s-ayt2 cmni hanya mampu ku ltak di blog peribadi. -,-
Kdg2 Allah ketemukan kita dgn seseorg untuk belajar sesuatu darinya..jd hargailah setiap pertemuan...jgn pernah merungut jika ianya sesuatu yg menyakitkan...Sesungguhnya Allah Maha mengetahui setiap apa yg diaturkannya... ~
p/s: anyway, thanks for ur comment on my blog..good luck to U to0, in order to find the NEW YOU...(follow you!!) (",) ~
as salam..
yaa. versi menarik ;)
sangat tepat! bersesuian dengan kehendak tajuk entri.baru ada 'nyawa'
;)
Thank to all of you. :)
tacing sangat entry ni..perempuan memang macam ni kowt...kadang dorang xtau nak react macam mana atau xtau ape yang dorang nak..
awww ~ sweet lah mr. swift :) tak bosan baca even pnjang. hehe :P
klau de mse jenguk2 la blog nie k :))
http://norzalilah.blogspot.com/2011/02/ade-ker.html
bru je follow nie. best pulak cite nie.. wat movie je la.(joke)
emm,,ak pon x suke org tnye bnde yang same everyday. kdg2 mmg rimas. tapi i2 kalau org yang kte x suke,, kalau nk taw org 2 syg kte or x,, dye x kn penah bosan ngan ape yg kite buad,, x kan cepat terase hati, coz bagi dye kite da perfect taw.. tp kalau sikit2 nk touching,, asyik buad prangai,, dye mmg x sri0us. ak paham sngat ap yg dye pk.
sweet lah bace ni .huhu .T_T
awk patut dpt girl yg boleh syg awk & hargai awk same camane awk hargai org yg awk syg .
u'r such a nice gentlemn .^^
follow u~
Post a Comment