My photo
Can I just skip this part? It's gonna be boring. This blog a bit floaty, never fixed and rarely stable. Hope you will enjoy it at least once. HAHA nvm. I heal, I raid, I grind, I QUIT, and the history? It's gonna repeat itself.

Hero Saya Ni

Oh my hero. Gambar Hiasan.

Hari ni sangat best. Best sebab hari ni tak keje. Tak keje. Since budak-budak MMU ramai yang cuti kan, so most of them yang tinggal semua budak-budak yang baru masuk daftar je lah. So bos cakap kedai tutup awal. Kami melompat keriangan ibarat cacing kekenyangan. Jadi aku nak jadi pemberita kejap kali ni. Tak boleh? Eh suka hati sayalah nak jadi apa pun. Takdelah main-main je. Oh ni aku terbaca kat Kosmo! tadi. Pasal Azizulhasni Awang. Huiyoo sumpah tak macam atlet lain langsung die ni. Bace-bace. Ke korang dah bace? Kalau dah bace scroll ke bahagian bawah entri ni. Ada hadiah sikit.

MANCHESTER 20 Feb. - Jaguh trek negara, Azizulhasni Awang berjaya merangkul pingat gangsa dalam acara Keirin Piala Dunia Berbasikal Trek semalam dengan penuh bergaya dan kesakitan.

Berlumba dalam final Keirin, dia dan tiga pencabar lain terbabit dalam pelanggaran sesama sendiri sebelum bangkit untuk meneruskan kayuhan bertenaga sehingga garisan penamat.

Dia hanya menyedari tahap kecederaannya hanya selepas itu jelas apabila ditunjukkan gambar serpihan kayu yang terkeluar daripada trek ketika kemalangan, menembusi betis kirinya.

Dia dikejarkan ke hospital dan terlepas peluang menaiki podium bagi menerima pingatnya. - Agensi

Sumpah tak nak cabut.

Nak bace lebih lagi sila ke Kosmo! Online [link] atau pergi ah beli surat khabar kat mane-mane kedai 7Eleven yang berdekatan. [link]

Ohh lupe pulak, macam biasalah kan, when someone become a hero pasti ada Facebook Fanpage untuk die. Haa amek ni. Gi lah like. [link] Sorry ini je hadiah yang mampu aku bagi. Tsk tsk.

Semoga cepat sembuh azizil hasni :)
Rakyat Malaysia sentiasa doakan kamu!!
( ayat ni copy paste je sekian terima kasih  )


Most Favourite Comments :

Me too. :)
Comes from qaqa!

Ha tu die Dr. Alif dah sampai.

15 comment(s) to remember:

bedpet said...

peeehhhhhh!! gila kentang. boleh tak prasan kayu dah cocok kaki. mcm satey dh. hoho (:

Nurana said...

semoga cepat sembuh~amin..:)

EJA said...

fuh..salutela..malaysia boleh!

lavender harum wangi said...

wow! semangat macam ni la bagus!!!! >,<

bella said...

sakitnye,,:(

Sunah Mohammad said...

erhhhh...tak berdarahhhhhh....-_-"

ria said...

akit wooo. .

qaqa said...

ya Allah kesian nya.. kat azizulhasni.. takpe.. serius majulah sukan untuk negara ahh haha.. im proud of u azizulhasni!!

farhana zainal said...

tu je -.-"

sufie_purplepink said...

OWH MY JAYYYYY~
otokei oppa~

ekyn ashikin said...

oiiii.. giler kau sampai macam tuh.. masa dia kayuh tuh tak rasa ker.. kalau aku la kan,. dengan muka lagak selamba cover macho aku dah pengsan...

alyn shahrom said...

seram jgk bile tengok berita tadi.
tertusuk terpacak,tersakit sumelahh.
harap sembuhh dengan cepat kan? fuhh.fuhh(sembur sikit kat kaki azizul hasni awang tuh)..*bacebace sikit alaa ustaz amirul.
;)
HAHA :D

aLieF si Muncung ManiS said...

kalau bnda tu tak effect kat tulang dia,,insyaAllah akan sembuh dalam masa beberapa minggu.tapi,,kalau la bnda tu abgi effect kat tulang dia,,maybe perlukan masa yg lama utk sembuh..semoga beliau cepat sembuh..kesian dia tak dpt nak sertai kejohanan dunia..

ShidaHaron said...

ini namanya, semangat malaysia boleh!
isk-isk, sakitnyeeeeee! *pengsan*

anaiha yusof said...

kalau bnda tu tak effect kat tulang dia,,insyaAllah akan sembuh dalam masa beberapa minggu.tapi,,kalau la bnda tu abgi effect kat tulang dia,,maybe perlukan masa yg lama utk sembuh..semoga beliau cepat sembuh..kesian dia tak dpt nak sertai kejohanan dunia..-yup ana sokong ape alief cakap,if effect die nye tulang lepas nie kelajuan dia makin berkurang,tak sama macam dulu,ape yang diharap dia cepat2 sembuh dan bangkit semula =)