My photo
Can I just skip this part? It's gonna be boring. This blog a bit floaty, never fixed and rarely stable. Hope you will enjoy it at least once. HAHA nvm. I heal, I raid, I grind, I QUIT, and the history? It's gonna repeat itself.

Baik Kau Tukar Jelah Benda Alah Tu [ Bhgn 2 - Solution ]

Assalamualaikum.

 A person who never made a mistake never tried anything new? Betul?
Credits to Hye! Photo.

Okey sebab dah janji, nampaknya aku akan tunaikan janji tu. Kerana janji harus ditepati. Janji yang tak ditepati bakal memusnahkan hidupmu dan hidupku jua. Tsk tsk. Jadi pada yang lost now, aku nak bagitahu ini adalah entri sambungan dari entri yang sebelum ni [link]. Kalau tak baca lagi baik kau bace sekarang sebelum aku sumpah jadi katak. Jahatlah kau ni Ide! Lol gurau je. 

Baiklah. Dalam post tu aku janji nak bagitahu langkah-langkah keselamatan korang dalam dunia maya ni kan. So here aku listkan 2. Sahaja. Actually banyak lagi yang berkaitan dengan word "hack" ni contohnya scam, phishing, bug, autospammer dan sebagainya. Kalau banyak-banyak nanti kau muak lepas tu muntah depan PC/laptop tu aku tak nak tanggung belikan keyboard baru. Okay mari direct to the face.

1) Google ada buat 2-step verification? Ape mende tu?
Okey ini adalah yang latest, maybe dalam bulan ni baru diperkenalkan. Ini sangat serious bagus. Tak tipu punya. Menggunakan 2-langkah pengesahan ini akan membantu mencegah orang asing dari mengakses akaun korang hanya dengan mencuri password. Bila korang sign in dengan pengesahan 2-langkah, korang akan mengesahkan identiti korang menggunakan password dan kod yang korang akan terima di telefon korang . 

Aku recommend korang buat benda ni untuk kebaikan bersama. Aku ada sediakan tutorial kat sini [link]. Tak nak buat pun aku tak kisah. Kuasa di tangan anda. Power, it's in your hands. Bak kata Celcom.

 2) Password akaun korang. Selamat ke?
Bercakap pasal password, aku rasa mesti korang tahu kan pasal isu website/blog kat Malaysia ni yang pernah kena hack seperti laman web rasmi F.A.M, Oh!Media Network, Forum Syok.org, Blog IrineNadiaMarcello dan sebagainya. Ada banyak lagi tapi nak listkan aku dah lupa. Jadi kenapa diorang ni kena hack? Tak kan lah senang-senang camtu je? Haa aku tak nak terangkan pasal cara geng-geng hacker jahat ni buat kerja sebab aku pun tak tahu. I'm noobie bahagian ni.

So here aku nak sarankan kalau letak password tu tak yah la letak password yang senang sangat orang nak teka, atau password yang ada kaitan dengan korang yang secara tak langsung akan memudahkan orang cari. Contohnya :
i) Password ikut tarikh lahir - ex : 900505
ii) Password yang sangat basic - ex : abc123 <-adik aku gelak kalau ada.
iii) Password ikut trademark anda - ex : Layannn <- Melodi, Farah Fauzana HotFM.
iv) Password satu perkataan - namasayaide, sayabudakbaik teeett
v) Password phone number - ex : 0179876543 <-please don't do this.

Aku tahu korang tak buat semua ni melainkan adik aku je. Tapi itu dululah sebab dia tak tahu. Lagipun akaun Myspace dia macamlah ada yang nak hack. Friend tak sampai sepuluh orang pun, default picture pun gambar kepala tu. In fact kalau nak buat password, buatlah yang kreatif dan susah orang nak detect. Tapi jangan sampai terlalu kreatif sehinggakan korang sendiri lupa. Contoh password yang selamat :
i) Password campur-campur - ex : XaZbVcWdXoxO
ii) Password perkataan dan number - ex : matrempitzzsiotzzz919333654
iii) Password undescribable - ex : mYn4m31skH4n <-mynameiskhan
iv) Password bagi nasihat - ex : yaallahkauampunilahdosahambamuiniyangcubamenghackakaunku, heykenapanakhackakaunIpulaktaksayangIdahke, janganlahnakalnakallagisilalahkembalikepangkaljalan

Fuhh jadi tulah kut aku nak bagitahu. If korang rasa membantu sila share dan bagitahu rakan-rakan korang. Dan untuk yang pasal password tu aku rasa bukan setakat blogger je perlu tahu, Facebook user, geng-geng YM addicted, online gamers dan sebagainya. Diorang semua perlu tahu. Kenapa aku nak suruh korang share? Okey terus teranglah, sebab for the last 2days aku "busy" buat "kerja" AMAL ( daym kawan aku tak bagi 1sen pun, benci ah die). Iaitu membantu kawan aku dapatkan balik akaun die sebab akaun die kena hack by people name oDdiE ( dah macam nama aku la pulak T_T ). 

Dan aku tak nak korang pun kena nasib yang sama macam dia. Kesian ade lelaki kacak boleh menangis. HAHAHA. Limau limau. I know you're reading this my friend, so kalau TERASA silalah belanja aku tengok movie I Am Number Four. Aku ON je! :D
Most Favourite Comments :

 Itu sekadar contoh je. Tak perlu panjang sampai camtu kut.
But between short and long, which one is better?
Well, i know some of you got what I mean kan? lol
Comes from Arpiiz!

"hihi" tu macam tak patut je. 
 Ohh baru perasan ada apple yg masam dlm dunia ni. :D
Comes from applemasam!

Boleh je. Dalam mimpi. 
Comes from kusiberjalan!

10 comment(s) to remember:

Amiey White said...

memandangkan saya tidak mahu disumpah "katak" saya dah baca.

btw Nice info for nice men :P

thanks

A.s.t.i.n.a said...

password saya sgt senang dan sama jer semua akaun2 yg ade.. eh.. bole ke mcm promo je..

Khapeace Khalead said...

As Salam, come, visit and follow my new blog: .

http://freewallpaperbyfkphotography.blogspot.com
contains Islamic Wallpaper using my own photo
-Dakwah kecil-kecilan

and

http://fkphotography-kk.blogspot.com/
Its all about my passion toward photography

TQVM, Have a nice day :) Wasalam

нαηιмQαtяυηηα∂α said...

Oke. Password bagi nasihat tu takleh bla.. Gile panjang...

Arpiiz said...

pasword yang bagi nasihat tu panjang sangat.. kalau lupa tak ke naya..hehehe

applemasam said...

cm kwn aku, skype,ym fb sume kene hack,ciann die,....hihi

putri noor syamimi said...

tu bukan nasihat tuh, tu doa. kui3.

thanks for the tutorial. nak cuba la! ><

Linda Zizan said...

akuselaluluperpaswordakusebabituakubanyakemail ...

hahaha kalau saya tao ad pnjg cmtu, saya pun nk ltak pasword cm ats ni . hahahaha

eh!ad orang bace, dah kena tukar semua akaun lagi(nk tukar psword; malas)=.=

lavender harum wangi said...

ok insyaALLAH aku try password baru contoh iv tu~ >,<

kusiberjalan said...

npe lah password mesti nak kene lebih 6-8 or lebih character...lau 1 jer xleh ker? kan senang... org pn xtau kite letak berape senanyer ahhahaa!