My photo
Can I just skip this part? It's gonna be boring. This blog a bit floaty, never fixed and rarely stable. Hope you will enjoy it at least once. HAHA nvm. I heal, I raid, I grind, I QUIT, and the history? It's gonna repeat itself.

Tutorial Lengkap Cara Membuat Duit Dengan Nuffnang Dari A Sampai Z Fuhhyohh

Gambar Hiasan. Sumber

Hari ini aku nak kongsikan satu tutorial lengkap mengenai Nuffnang. Diambil dari sini. Aku tahu dah ramai yang mencintai dan mengenali Nuffnang ni tetapi aku buat tutorial ini khas untuk blogger-blogger baru. Ini kerana semasa aku blogwalking, aku terjumpa blog-blog yang bertanyakan mengenai Nuffnang ini. Ok tambahan sebelum terus membaca UV adalah unique visitor ok. Aku nak lupakan kesalahan yang pernah Nuffnang buat aku dulu. Nak tau apa? Baca sini.

“Macam mana nak join Nuffnang ni?,” Kena bayar ke?”, ”Kena ada akaun bank ke?”, ”Macam mana nak letak iklan Nuffnang dalam Blog?, ”Macam mana nak dapat duit dari Nuffnang?”, ”Apa itu Buffered Earnings dan Metered Earnings?”, ”Macam mana nak dapatkan Buffered Earnings?”. Dan macam-macam lagilah.

Itulah antara persoalan yang sering ditanyakan oleh blogger baru termasuklah aku satu ketika dahulu. Atas niat ingin membantu rakan-rakan blogger, aku buatlah tutorial lengkah edisi cara membuat duit dengan Nuffnang(A to Z) bagi menjawab semua persoalan diatas itu. Harap membantu korang.

Apakah Nuffnang?
Nuffnang adalah sebuah syarikat pengiklanan Internet di Malaysia.Nuffnang menawarkan perkhimatan menyewa tempat iklan di blog-blog kita(Kita ini dinamakan publisher). Nuffnang akan meletakkan iklan mereka di blog kita dan kita akan mendapat duit sekiranya visitor blog kita klik pada iklan berkenaan.(penjelasan secara basic)

Adakah Kena Bayar Untuk Join Nuffnang?
Tidak, korang tidak perlu membayar apa-apa pun untuk menyertai Nuffnang ini. Ini kerana mereka menggunakan khidmat kita untuk mempromosikan iklan mereka, jadi mereka harus berikan duit kepada kita bukannya kita yang bagi duit kepada mereka. Boleh dikatakan kita ini adalah promoter bagi syarikat Nuffnang. Kerja yang perlu kita buat adalah mempromosi iklan Nuffnang di blog kita.

Adakah Nuffnang Memerlukan Akaun Bank Untuk Mendaftar?
Tidak.Ini kerana apabila setelah duit simpanan Nuffnang anda mencukupi RM 50, Nuffnang akan menghantar cek ke rumah anda. Selepas menerima cek berkenaan bolehlah anda masukkan duit berkenaan ke akaun bank anda sendiri.

Macam Mana Nak Dapatkan Duit Dari Nuffnang?
 Terdapat 3 jenis pengiklanan yang disediakan oleh Nuffnang iaitu Campaign(CPC), Buffered Earnings dan Advertorials. Ini penjelasan yang secara ringkasnya : 

CPC (Cost per click)

* Earning anda adalah berdasarkan click visitor anda kepada iklan anda. Iklan ni selalu ada pukul 12 tengah malam dan 12 tengah hari. Pukul 4-6 petang pun ada jugak.

CPM (Buffered earnings)

* Earning ini adalah bagi blogger yang mempunyai unique visitor yang maintain 200+ sehari. Earning ini dimana advertiser akan berurusan dengan pihak Nuffnang untuk menyewa tapak di blog anda dengan mengikut bilangan unique visitor anda.
* Katakan Celcom tertarik dengan blog anda dan ingin menyewa untuk 200 UV sehari selama seminggu. Jadi tiap -tiap hari bermula pukul 12 tengah malam iklan nie akan muncul di blog anda dan akan hilang apabila UV anda mencecah 200 UV pada hari tersebut.
* Iklan ini selalu berlangsung selama 1 minggu.
* Jika ada visitor yang mengclick iklan ini anda juga akan mendapat earnings untuk CPC bagi iklan ini secara automatik. Ianya akan dikira sekiranya iklan yang diklik melebihi 0.2% daripada nilai keseluruhan BE anda.
* Jika tidak earning untuk CPC tersebut akan burn.

Advertorials

* Ini merupakan earnings yang sangat advance di dalam Nuffnang. Earning nie merupakan sesuatu yang confidential dimana mereka yang mendapat earning ini tidak boleh mereveal nilai earnings mereka.
* Format earnings ini pula adalah di mana jika ada Advertiser yang tertarik dengan blog anda dan anda mempunyai bilangan UV yang tinggi maka mereka akan beriklan dengan anda.
* Caranya ialah anda dikehendaki menulis 1 post berkenaan produk terbaru mereka ataupon berkenaan website mereka.
* Earnings ini paling masyuk sebab nilainya boleh menjadi beratus-ratus satu post dan mungkin menjadi beribu-ribu satu post.
* Untuk mendapat iklan ini anda perlulah mempunyai UV yang sangat tinggi dalam masa sehari dan mempunyai content blog yang menarik. (UV tak sure plak berape ramai sehari)
* Contoh iklan advertorials nie anda boleh tengok post berkenaan Jipaban di blog Beautifulnara dan Hanis Zalikha nie. Confirm korang akan jumpa.

Apakah Buffered Earnings Dan Metered Earnings
Buffered Earnings biasanya korang akan dapat sekiranya visitor korang melebih 100 uv-200 uv sehari.Pihak pengiklanan akan memberi ruang iklan di blog anda menerusi Nuffnang dan iklan berkenaan akan sentiasa terpapar di blog korang sehinggalah habis page impression yang diberikan oleh pihak pengiklanan.

Contohnya,Celcom memberikan ruang iklan anda dengan harga RM50 untuk 10000 page impression,jadi korang akan dapat RM 50 setelah page impression blog korang melepasi 10000. Bagi memudahkan korang dapat duit hari-hari, jadi pihak nuffnang akan membahagikan page impression dengan jumlah harga iklan itu supaya akaun korang akan mendapat duit setiap hari. Iklan Celcom itu akan bertukar menjadi Metered Earnings setelah blog korang melepasi page impression yang dibeli oleh pihak Celcom.

Cara Mendapat Buffered Earnings
Untuk mendapat Buffered Earnings, blog korang perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Nuffnang. Aku pun tidak berapa tahu syarat-syarat untuk mendapatkan Buffered Earnings ini dengan tepat tetapi blog korang mesti mendapat visitor sekurang-kurangnya 100-200 uv sehari.

Selain itu, korang kena mengemaskini biadota dan survey mengenai blog korang di akaun Nuffnang korang. Pastikan korang mengambil sedikit masa untuk mengemaskini akaun anda. Ini kerana,pihak pengikanan akan melihat biodata dan survey yang korang buat sebelum memilih untuk beriklan di blog anda.

* Mesti mempunyai visitor sekurang-kurangnya 100 uv sehari
* Mesti mengisi dan mengemaskini biodata diri di Nuffnang(ada dibahagian Blogger Bio)
* Mesti update blog survey di Nuffnang(ada di bahagian Manage Blog)
* Sekiranya masih tak dapat BE, try lah hantarkan email ke Nuffnang

Kegunaan Menu-Menu Yang Terdapat Di Nuffnang



Getting Started
Ini merupakan menu baru yang disediakan oleh Nuffnang.Menu ini memberikan tunjuk ajar kepada blogger yang baru mendaftar dengan Nuffnang.

1. Complete the blogger bio
Please take a few minutes to complete the Blogger Bio, and tell us a little about yourself. This will help us know you better, and allow us to recommend you for sponsored posts.
2. Add your blog(s) to the Blog Manager
After you have completed your blogger profile, register your blog(s) on the Nuffnang network using the Blog Manager. Once you have added your blog to the Blog Manager, you will be prompted to fill in a survey for that blog. This survey is very important as it allows us to target ads for your blog.
3. Add Nuffnang ad units to your blog
Click on the “Add Ads” icon on your dashboard. Here you will find the codes to add ad units to your blog.

Analytics
Menu ini memberikan kemudahan kepada korang untuk membuat analisis mengenai blog korang.

Earnings
Korang boleh melihat jumlah earnings korang kat sini. Disini semua maklumat mengenai Buffered Earnings,Metered Earnings dan Campaign.Disini juga korang boleh nak cashout earnings korang.

Add Ads
Add ads ini adalah tempat untuk korang dapatkan kod untuk diletakkan di blog anda.Terdapat tiga jenis iklan iaitu :-

1.Leaderboard
2.Skyscraper
3.Large Rectangle

Blog Manager
Korang boleh tambah dan buang blog korang menggunakan menu Blog Manager. Disini juga korang update blog survey.[rujuk diatas]

Blogger Bio
Update biodata korang[rujuk diatas]
Cara Nak Letakkan Kod Iklan Di Blogspot

Baiklah,sekarang aku akan tunjukkan cara-cara untuk letakkan kod iklan di blogspot korang. Nak yang lebih lengkap sila ke post ini.

1. Log in Dashboard Blog Anda
2. Pergi ke “Page Element”
3. Klik “”Add a Gadget” dan pilih “Html/Javascript”
4. Log in ke akaun Nuffnang dan pergi ke menu “Add Ads”
5. Copy kod yang diberikan dan paste di widget “html/Javascript”
6. Save

Rasanya itu sahaja yang korang perlu tahu pasal Nuffnang ini.Agak-agak dah lengkap ke info yang aku berikan kat atas tu? Kalau tak lengkap korang tolonglah tambah ye. Nanti aku letakkan dalam post ini supaya blogger-blogger baru boleh belajar dari A to Z tentang Nuffnang.


Credits to http://www.2dayblogger.com. Korang patut check blog die. Sumpah bagus. Untuk tutorial nak tukar icon Blogger sila ke sini.

19 comment(s) to remember:

Nora said...

wah swift... sangatlah memberi info... tq..tq

dhilla nazli said...

kenape ta boleyh..
die kata ade error ape ntah...
ta paham

Sunah Mohammad said...

salam~ thanks for the info ye~ :)

Mr. Swift said...

@Nora - Haha, awak pggil saya swift? and welcome. saje je.:p

Mr. Swift said...

@dhilla nazli - oh error yg camne?

Mr. Swift said...

@Sunnah Mohammad - wsalam. oh thanks! :)

Ayuni said...

info yg menarik. thanks for the info. =)

JZ Business World said...

wahh! info yang cukup lengkap.. pasni leh keje dgn nuffnang team jawab email-email blogger tanya bab BE.. hehe sbb itu yg slalu nuffnang team kena jawab.. anyway.. info ni memang bes! jz dah follow ide.. :)

Mr. Swift said...

@Ayuni - Oh ok welcome. :)

Mr. Swift said...

@JZ - Oh yeke? Haha, takde nye sampai camtu. Ok thanks! :p

I-nie91 said...

oooo,,.,.
baru paham dgn sepaham2 nye dgn info nih,.thanx swift for this info,.=)

nurazzah8 said...

Salam,

sangat bagus...terimakasih kerana memberi info yg berguna ini kepada saya yang baru nak belajar apa itu nuffnang...

nurazzah8
http://www.nurazzah8.blogspot.com

mugmerah said...

salam lawat blog.. :)

thanx 4 da info.. bnyak lg rupanya yg sy xtau sal nuffnang ni.. heheh..

thanx.. i follow..

shahjiehan said...

nice~

Mr. Swift said...

@semua - ok welcome. just sharing je. hehe.

Cik Miera Aziz said...

Thanks!! Sgt membantu! :)

NINIEZANE said...

wah, info yg sgt membantu...thanks a lot...i folo u smula ye...

nama.aku.lynn said...

ok!ini sangat terrrbaikk!thankss for sharing~

Mr. Swift said...

Okeh.
Saje share je.
Hahah.
btw nuffnang kedekut kalau korang nak tahu. -_-'