My photo
Can I just skip this part? It's gonna be boring. This blog a bit floaty, never fixed and rarely stable. Hope you will enjoy it at least once. HAHA nvm. I heal, I raid, I grind, I QUIT, and the history? It's gonna repeat itself.

LATEST! Rahsia Dan Tips Menjadi Blogger Masyhur/Terkenal Seperti HANIS ZALIKHA.

Baca satu entri ni sampai habis. WAJIB! MAKRUH kalau tak baca.

'benerku' taken from Hanis Zalikha.

14 Tips Menjadi Blogger Masyhur/Terkenal Seperti Saya 
by Hanis Zalikha at 27 February 2009.


Seringkali dihujani emel (dan juga titisan hujan, tapi itu lain cerita) dengan soalan-soalan seperti bagaimana caranya untuk menambah trafik blog saya, atau apakah langkah yang boleh saya ambil bagi menarik pembaca ke blog saya atau Hanis, bolehkah anda berkongsi rahsia menjadi seorang blogger yang masyhur atau Hanis sudikah anda mengahwini saya, nama saya Jordan Chan. YA T_T Okay mungkin terlalu obvious soalan yang last itu cipta sendiri. 
 
Maka dengan ini, saya dengan murah hati (tangan yang memberi adalah lebih baik dari tangan okay okay cukup) untuk berkongsi perkara-perkara yang saya pelajari sendiri setelah sekian lama bergiat (lama? 9bulan lama? lama lah, kalau bayi, dah pandai menggeliat dah) dalam dunia belog, menceritakan perihal sehari-hari kepada yang jauh dan yang dekat (dan tak sangka kepada, yang berminat), seterusnya mengglamourkan blog ini, disamping mendapat pendapatan sampingan darinya (kini anda juga boleh!). 

Walaupun pada awalnya, hanya berbelog untuk mengekspresi dirimu, tapi alhamdullillah, saya dikurniakan rezeki darinya dan kini pendidikan saya dibiayai oleh wang pendapatan dari belog :') Saya sangat teringin jikalau lebih ramai orang dapat merasai sendiri manfaat dari dunia belog. Sumpah teruja sangat okay ketika dalam usaha mengkompilasikan tips-tips untuk pembaca tersayang! Ingat, jangan kedekut ilmu pengetahuan :) 

Mempersembahkan (sumpah kenapa teruja gila siap mempersembahkan segala, malu I), tips-tips menjadi blogger berjaya yang anda mungkin terlepas pandang. 

1. Perihal alamat surat-menyurat. 
Alamat belog haruslah sesuatu yang amat senang diingat dan difahami tetapi unik/catchy. Dan anda juga harus senang sebut in order to promote your blog. Kalau boleh guna word typical yang orang tak perlu tanya "Eh macam mana nak eja?". Tak kiralah kalau itu adalah nama panggilan masa kecil atau nama anda di chatroom@15, tetapi kalau ianya menyusahkan untuk dieja dan diingat, IA SANGAT TIDAK SESUAI UNTUK DIJADIKAN ALAMAT BELOG. Contoh:


www.zejendulhotstuffxz.blogspot.com
OKAY CUBA HAFAL SEKARANG. OKAY DAH FAIL. NEXT.

2. Tajuk belog hebat. 
Tajuk belog haruslah sesuatu yang menarik perhatian orang, bagi menyinarkan belog anda ketika berada selari dengan belog-belog lain di dalam senarai belog seseorang. Seperti tajuk belog saya ialah 'Hanis Zalikha'. Adalah sangat annoying kepada orang-orang yang tidak mengenali saya untuk melihat link saya berada di mana-mana. SIAPA HANIS ZALIKHA NI DOH ASAL SEMUA ORANG NAK LINK DIA *click belog Hanis Zalikha untuk mengetahui lebih lanjut*. Ha macam itulah contohnya, ngerti? Cuba kalau saya letak The Diary Of My Life atau My Lifez Dairy (tenusu) atau My Little Footsteps atau Hanis's Own World/Mind, ada mahu click? JUJUR LAH WEH. 

3. Tajuk entri mengancamIni seperti tidak perlu diberitahu lagi (common sense), tapi takpelah, beritahu juga. Tajuk entri sangat, malah paling penting, lagi-lagi kini, blog list disertakan sekali dengan option mempamerkan tajuk entri, maka di sinilah peluang anda untuk menonjolkan kehebatan entri anda, dimulai dengan tajuk yang hebat. Tahukah anda, hanya dengan tajuk entri "Nabil Raja Lawak Tidak Berbaju", trafik saya naik kepada 15%?  

4. Isi entri setimpal.ISI ENTRI BIAR SETIMPAL DENGAN TAJUK. JANGAN GEDIK BAGI TAJUK 14 TIPS MENJADI BLOGGER BERJAYA YANG ANDA MUNGKIN TERLEPAS PANDANG LEPAS TUH RUPANYA CERITA PASAL HARI INI NAK PERGI BELI J.CO DONUT. Atau tajuk Model Juga Tidak Memerlukan Ijazah rupanya cerita pasal peluh petani. Tsk T_T

5. Perkara yang harus dielakkan.Elakkan mengeja perkataan dengan ejaan pasar seperti MACHAM DAN PUNYE DAN CAKAB DAN DAN, OKAY DAH. Elak juga mengeja dengan short form seperti saya dieja sebagai sy, aku dieja sebagai ak, engkau dieja sebagai kau, eh itu takpe. Kenapa harus elak? Kerana tiada siapa cari bahan di Search Engine dengan menggunakan short form. Ingat, isi-isi dalam blog anda mungkin akan timbul di carian jika perkataan yang dicari terdapat dalam entri anda. Contohnya, I nak search lirik lagu Aku Cinta Padamu, takkan lah nak taip "Lirik Ak Cinta Pdmu".

6.Lirik lagu.Peluang untuk blog anda timbul dalam carian cerah adalah bila anda meletak lirik lagu terbaru. Ingat lagi dulu, di blog lamaku (HANIS DULU ADA BLOG?! Ya. Waktu muda-muda dulu), lirik lagu My Heart telah dipamerkan selesainya menonton cerita Heart. Berjayalah tambah pembaca, dalam 2 orang (mari gelak). Selain lirik lagu, alternatif lain adalah resepi kek cawan dan guitar chords lagu-lagu rock kapak.

7. Kosa kata yang luas.Rasanya ini boleh fikir sendiri kenapa ianya penting. Ingat: Search Engine.

8. Perihal gambar.Adalah sangat malang sekiranya gambar yang blur juga anda mahu letak. Ini adalah major turn off. Jangan risau, saya sendiri pernah melalui fasa ini ketika Digital Camera rosak, dan Cellphone ku hanyalah 1.3 megapixel, sumpah pathetic kejap belog ini.

9. Perihal gambar 2.Lumrah manusia sukakan benda cantik. Jadi carilah background yang cantik-cantik untuk anda bergambar. Rasanya, adalah tidak perlu untuk memaparkan betapa tidak putihnya cadar katil anda yang putih. Cari lighting yang cantik dan have the effort to look good on camera, tak kira kau cantik goddess mana, mungkin tidak patut jika gambar muka baru bangun tidur, bertahi mata dipampangkan. Anda nampak malas dan apakah motif gambar tersebut sebenarnya, again? (Unless nak tunjuk gambar sebelum selepas mekap/pembedahan/slimming, ini dikecualikan, tapi kalau nak kata good morning world atau nak tunjuk teddy bear boyfriend baru bagi siap letak sebelah muka, harap hindari). Tapi ke tahap mengphotoshop kulit, hidung, bulu mata, adalah agak over dan tidak jujur ya.

10. Tema.Tema belog adalah berbeza mengikut citarasa, tapi apa yang penting (BUKAN KERJASAMA, TAK HABIS-HABIS BENDA NIH MUAK KAU PAHAM TAK), jangan menyakitkan mata pembaca dengan font berwarna neon dengan background YANG NEON JUGA. Ini juga common sense, tetapi selalu terlepas pandang. Simple but nice, cliche but true.  
11. Pendapatan(wang,duit,ringgit) dari blog.Untuk menjana pendapatan dari blog, sila daftarkan diri dengan Nuffnang di www.nuffnang.com.my, dan jikalau trafik anda memberangsangkan, anda sudah boleh mula diberi advertorial iaitu membuat product reviews dan dijemput ke produk launch etc!

12. Carutan dan kutukan.Semua orang ada pendapat masing-masing, tapi cara anda menyampaikan mesej kepada pembaca itulah yang penting. Sebagai pengiklan, mahukah anda mengiklankan produk anda di sebuah blog yang penuh dengan benda-benda negatif, kutukan, dan carutan? Jangan buang masa dengan bahan sebegini lagi wahai pembacaku, buka minda anda dan tingkatkan pendapatan dengan belog anda sekarang! Pengiklan juga jarang memberi perhatian kepada anonymous blogger, no matter how famous you your blog is, please take note.

13. Psikologi minda.Sebelum terlupa, adalah sangat penting anda menganalisa minda pembaca/pengguna internet. Contohnya, yang mana anda lebih cenderung untuk klik, www.hansisaac.com atau www.hansisaac.blogspot.com ? Perkataan ".blogspot", sedar atau tidak, adalah satu perkataan yang sangat berpengaruh dalam dunia IT. Kenapa? Lagi sekali, lumrah manusia, suka sangat tahu perihal hidup orang lain. Kalau '.com' biasanya website rasmi di mana hanya akan muncul profil lengkap atau online portfolio Hans Isaac, tetapi apabila wujud perkataan blogspot, sah-sah ditulis sendiri (first hand) pengalaman hidup/diari seharian etc. Bila anda nampak perkataan '.blogspot.com', sure anda mahu cekidaud. Betul? Eh macam tak sesuai je guna Hans Isaac sebagai contoh, sebab rasanya, ada blogspot ke takde, pasti klik juga :B Okay tak kisahlah, saja nak bincangkan pengaruh perkataan tersebut. Unless anda sudah ada steady traffic, bolehlah beralih kepada '.com'. TERIMAKASIH KEPADA PENCIPTA www.haniszalikha.com, JASA ANDA AMAT DIHARGAI :)

14. Variasi topik.JANGAN MEMBORINGKAN ORANG RAMAI EVEN KAWAN-KAWAN SENDIRI DENGAN PERKARA YANG SAMA SAHAJA. INGAT VARIASI! VARIASI! VARIASI! Contoh topik/tajuk: Perkara menarik di website kegemaran saya, kemudian lusa pula: Jejaka idaman saya yang nescaya saya takkan dapat dalam kehidupan sebenar (kemudian senaraikan berserta gambar), dua hari selepas lusa: Surah-surah yang boleh diamalkan untuk mendapat anak sehensem Nabi Yusuf, insyallah. Tajuk-tajuk menarik sebegini bolehlah diselangi dengan catatan aktiviti seharian anda :) 
Saya akhiri entri ini dengan:

Please please please ambil lah perkara yang saya kongsi ini (bukan dengan cara terasa hati atau apa-apa pleasee) dan aplikasikannya sedikit sebanyak. Saya sangat ingin membantu supaya orang ramai tidak lagi berbelog kosong dan membuang masa, memanglah nak share knowledge/experiences etc or so you claimed, but if you can earn extra income from it, then why sumpahseranah not? Saya dah susah payah luangkan masa untuk semua ini, saya harap sangat dapat membantu para penanya di luar sana, dan orang yang baru nak mulakan blog. Kiranya ini Tips Untuk Mula Blog jugalah ya. Okay kan semua? Paham? Okay nanti Buku Nilam hantar kat bilik saya. Haha tiba-tiba.

Sebarang pertanyaan tentang aplikasi belog, sila sertakan SEKARANG. Ada masa, saya cuba jawab perlahan-lahan, jangan putus asa andai terabai sebentar di comment window saya, saya cuba sehabis baik okay? Ke arah kemajuan bangsa! Bangsa Malaysia! KEJAP LUPA NAK CAKAP, TAJUK ENTRI YANG MENJENGKELKAN INI HANYALAH CONTOH UNTUK MENUNJUKKAN BETAPA KUATNYA PENGARUH TAJUK ENTRI KEPADA SUMBANGAN TRAFIK. ITU SAHAJA. SAYA BUKAN MASYHUR/TERKENAL PUN. OKAY BYE.


-TAMAT-

Fuhh panjang berjela. Nak baca entri sebenar dan komen-komen sila ke entri sebenar di sini. Wokey eh eh salah okay. Tengok susah jugak nak ikut tips beliau ni. Y_Y. Gosh 'beliau' kut aku guna tadi. Oh to 'beliau' saya harap anda tak saman saya sebab copy entri anda. Saja nak kongsi apa yang bagus. Sambil-sambil sumbang traffic sikit. Cehh diam ah kau Ide sumbang traffic konon, traffic kau tu ciput je kau tak perasan ke? Perasan. Sebab tu aku cakap 'sikit'. Ah sekarang kau pulak diam. Inibelogsaye! Kan Hamis Jalikha kan?    


2 'beliau' dalam dunia blogger ni. 
Who will win?
Woi over pulak kau ni Ide.

28 comment(s) to remember:

FH said...

eh? a blog to remember? mana epal percuma? haha :P

syafiqsulaiman said...

hurmm..!!
aku membalas kunjungan ko ke blog aku..

Thankx jadi follower n sudi komen blog aku...

aku gne tips ko ni..
so.. dapat la popular macam blog ko..

Mr. Swift said...

@FH - Haha, ade orang tu dah makan sebab lapar. Y_Y

Mr. Swift said...

@syafiq - EH bukan Tips aku. Tips Hanis Zalikha. Aku share je pada korang. Marah die nanti. Haha? Popular jadahnye. -_-'

syira aka sepatu hijau said...

salam


bagusnya tips ni, tapi kadang-kadang lupa nak ikut :)

lavender harum wangi said...

whohoho~ lepas ni boleh la buat tips sendiri pulak kan kan kan? :D

lavender harum wangi said...

wahahahahaha.. baru perasan ko letak nama aku ika krohh~ bapak buruk.. letak la LAVENDER HARUM WANGI ea ea ea? taw taw taw~ tenkiu.. :D

sara said...

hehe. wahh,ramai gile follower hanis zalika :DD

... said...

as salam..
follow :) hanis zalikha siapa ya? oo..maff la..peruk sikit..maklum la..musim sejuk.

... said...

as salam..
entri yang menarik
fikir2 lagi :D

Mr. Swift said...

@Syira - ha tu la kan. susah nak ikut, tapi mmg betul pun SEMUA!

@lavender - Okeng! Haha. Ika Krohh best la jugak kan?

@Sara - haha, tahu takpe. 17k!

@... - haha, peruk sakit? :)
*btw sape name? xkan ... je? -__-

Lelaki Ini said...

wah
]thanx sgt2 panduan!

zaira said...

nice post!!

akan mengamalkan sekarang.

Nordin said...

ada jugak tips2 ko ni yang aku ikut. hehe. anyway thanks for the tips

Burasa Hangus said...

thanxx polLow..,singah nak poLow smula

mimie said...

aku suke tips! hehe thanx sb share

Mr. Swift said...

@Semua - This is not my tips. Hanis punya tips la, aku share je. And ok welcome! :)

alyn shahrom said...

coolio;)
HAHA, tengah cari buku nilam tak jumpejumpe nih. heeh:P

SitiE said...

hey...thanks for sharing ye..really appreciate your effort in sharing the knowledge with others..now i know how to become famous as blogger ...;) *muah*

bo said...

hi,
nice blog and useful tips.

love,
berniaga online

Fiore said...

very useful tips :) I love your blog too, I hope you become my follower soon (i don't speak english very much, so i'm sorry if there are so many mistakes) Kisses :)

fatien ! said...

tips bagus :)

misS myRa said...

wah..menariknye! both blog..ur goodself n hanis zalikha as well..

Jocky said...

Nice info and blog,thxs fore visiting

tiops kesehatan said...

nice blog om...
mesti belajar banyak nih kayanya..hhehhehhe

beauty care and tips said...

nice blog, i visited your blog so pls visit mine too... ty

org muo said...

melawat

KOcreative said...

english?