My photo
Can I just skip this part? It's gonna be boring. This blog a bit floaty, never fixed and rarely stable. Hope you will enjoy it at least once. HAHA nvm. I heal, I raid, I grind, I QUIT, and the history? It's gonna repeat itself.

Korang tak rindu myspace?

Mamat A : Wehh ada Myspace? Bagi emel aku nak add. Boleh main komen-komen picture nanti zxadwaw.

Minah B  : Eh ada-ada, mestilah ada. Tak remaja lah wehh kalau tak ada Myspace.Emel aku ni, emel_rekaan je91@gmail.com. Add tau.

Mamat A : Amboi emel nak guna akaun gmail je. Tak beragak kau. Haha, ohh okey, nanti aku add. Bye.

Minah B  : Ah suko hati den la nak guno gmail pon, ekau jelos ko? Den tak approve baru ekau tahu. Bye.
                Add tau jangan lupa!

Tapi ini dulu punya cerita lah, sekarang dah lain. Zaman dah berubah. So WTF. Eh aku tak mencarut pun yeah. Welcome to Facebook. Dari yang dalam perut ibu sampai yang dah dalam lubang kubur, semuanya layak mempunyai akaun Facebook. Awesome! Dan sebab tu isu-isu pasal haram jadah ni bersepah-sepah kat luar sana. Even nenek tua pun dah pandai layan FB, sepatutnya layan surau ke cucu ke layan suami baru ke? Bertuah betul la. Maklumlah famous la katakan FB ni. Kalah Mr. Bean tau. Eh Myspace? Makan asap bro.

Tapi yang peliknya kenapa Myspace ni boleh kalah. Bukan setakat kalah je, sampai nak dilupakan dah pun. Tinggal nak masuk buku Sejarah Form4 je lagi. Lepas tajuk Melaka ditawan tu. Namun kenangan indah bersama Myspace tetap ada. Dulu aku ada Myspace jugak, wahh remajanya aku. Mesti korang tak percaya...

*Lol 4689 friends. Gila kentang betul layan MS dulu. Kesian awak MS. Sekarang saya ada kawan baru.

 *Yelah tak kan nak layan awak lagi. Friend(s) online ada 4 orang je kut. Dan pasti sangat tiada yang appear offline. Bukan macam dulu. 4 orang? Perempuan pulak tu. Mak cakap tak baik kacau. Bagus anak mak.

Tapi sekarang awak bising-bising pulak. Ingat ada ke yang ingat pada awak? *if korang ade akaun MS cuba check entah-entah dapat jugak message ni. Tapi kalau dah lupa password, tak dapek den nak menolong nyo.

 Dan sekarang? Siapa rindu Myspace? Sikit pun jadilah.


3 comment(s) to remember:

riwisacaa said...

rindu kenangan di ms jugaa ~ wlaupun ms suda teruk, tapi ms byk berjasa gk . sbb dapat kenal rmai kawan 'baru' . haha . kita kenal dari situ gk en ? en ? ^^ . .

p/s; tak pnh dpt k0t msg cmtu o.o

Mr. Swift said...

@riwisacaa

Haha, yups! give me-5! :)

Johana raisa said...

haha sakai gila zaman myspace dulu. malu gila bila igt balik. haha