My photo
Can I just skip this part? It's gonna be boring. This blog a bit floaty, never fixed and rarely stable. Hope you will enjoy it at least once. HAHA nvm. I heal, I raid, I grind, I QUIT, and the history? It's gonna repeat itself.

Rahsia Nak Tackle Lelaki Akhirnya Disini

Just for release tensionn! Don't take it seriously.

Okey awek semua, nak fahami lelaki? Tak nak? Ah sudah. Tak nak sudah namamu bedah, zzzz sebelah. Ok aku tahu mesti ade yang nak tahu. Bagus-bagus. Hehe.

Lelaki ini boleh diibaratkan seperti seekor KUCING JANTAN. Kenapa?

1) Kucing jantan suka dibelai.
Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke. Best-best, geli. Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar korang jika korang mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka wanita kasar. Granted.

2) Kucing jantan kuat makan & Cepat lapar
Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya saje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Yang bertitle janda? Ha guess what, masak kaw-kaw sedap then bagi suami orang makan. Nanti ade jodoh tak kemane doh.

3) Kucing jantan kuat tidur
Lelaki memang kuat tidur tapi ade jugak yang jenis tak kuat sangat macam aku, *tipu tapi bilangannya amat sikit. Dan kerana itu, bagilah peluang kepada lelaki untuk tidur secukupnya, jika tak komfem ada yang akan mengamuk lebih teruk. Then dia tidak akan mengamuk tetapi akan beralih tempat tidur. Korang nak suami korang beralih tempat tidurnya ke? Jadi, jangan kacau time dia tidur. NOKTAH.

Memang kuat tido pun.

4) Kucing jantan kuat merayap
Lelaki juga sama seperti kucing (selalunya lah). Mereka gemar merayap & melepak, selalunya dengan kawan-kawan (ni tak sama dengan kucing). Tetapi sebagai penjaga kucing, selalunya kita akan melepaskan kucing kita keluar, kerana kita tahu dia akan pulang sendiri. Begitu jugak lelaki. Agak sama kan? Der kalau duduk je rumah terperuk macam burung dalam sangkar tak standart la der. Kan lelaki kan? Kite kan geng.

TETAPI, jika kucing mahal/baka baik, selalunya kita akan mengurungnya di dalam sangkar kan. Cuba kita lepaskan dia, confirm dia akan lari sebab dah jumpa kebebasan. Kesimpulannya, janganlah "kurung" lelaki.

5) Kucing jantan mahal/baka baik makan Friskies, kucing jantan kampung makan ikan lauk nasik
Sama cam lelaki, ada lelaki tastenya camni, ada lelaki tastenya camtu. Kita kena faham taste lelaki itu dahulu, sebelum kita buat satu relationship dengan dia. Kite kena saling memahami. Aceh acewah.

6) Kucing jantan tak suka dipaksa
Ermmm, ni memang sangat-sangat betul. Sama cam lelaki, lelaki ni amat pantang dipaksa. Dia paksa tak ape, (tengok kucing, dia akan mengiow kat tuannya selagi tak dapat makanan). Macam kucing, kita takleh paksa dia tidur, takleh paksa dia makan & takleh peluk dia dengan paksa. Nanti kena cakar babe! Lol kuang ajar. Janganlah memaksa lelaki. Bagi dia space dia tp dalam masa yang sama pantau. Jangan sampai dia main kayu 3 plak.

7) Kucing jantan ada perasaan ingin tahu (curiosity)
Kalau kucing suka melihat benda-benda pelik dan lari untuk memegangnya, samalah dengan lelaki. Mereka suka mencuba benda yang baru dan benda yang tak pernah mereka rasa. Tak yah tengok jauh la, Mat Gian, lebih 85% adalah org lelaki. Damit. Lelaki ni pulak kan ada otak kan? Kan kan? Lu pikirlah sendiri mana yang baik dan mane yang buruk kan. Kan kan?

8) Kucing jantan akan merebut kawasan mereka
Ini selalu dalam kes lelaki samseng la ataupun Along la sangat konon. Nak rebut-rebut kawasan la konon. Mereka nak tunjuk ego mereka la konon. Biasa lah lelaki ni mesti nak tunjuk ego mereka la konon.Bole get lost la weh. Konon.

9) Kucing jantan ada yang ego/buat bolayan kat tuannya/org sekeliling
Kucing juga ada ego mereka. Tengok kalau kita panggil ia, "miow, miow mari sini", (kalau time ia tak lapar), mampus la nak datang kat korang. (lainlah kalau memang kucing tu dengar kata/educated). Kalau kita kejar, ia akan lari. Macam lelaki jugak, makin dikejar, makin dia nak lari dari kita. Nama pun lelaki, mereka takkan nak tunduk, lebih-lebih lagi kepada perempuan. For sure korang kenal lelaki korang, guna la bermacam cara untuk lembutkan hati mereka. Tapi bukan minta mereka tunduk dengan kita ya. Mereka perlu dihormati.

10) Kucing jantan takkan pernah setia kat seekor kucing betina
Kalau diikutkan ini tak berapa sama, tapi ada persamaannya. Ikut kajian, hampir 78% (berdasarkan majalah Cleo keluaran bila ntah), lelaki takkan akan kahwin dengan girlfriend pertama dia (pls note: secara specificnya bukan cinta pertama tapi first girlfriend pertama dia). Begitu juga dengan lelaki yg modern (of coz) dan bkn yang conservative, selalunya tidak akan berkahwin dengan first girlfriend dia. Tetapi ada juga la species lelaki yang memang setia pada yang satu dari girlfriend pertama & jenis tak nak tukar-tukar girlfriend/isteri (yang tu tak ikut perangai kucing la)


6 comment(s) to remember:

riwisacaa said...

ahaa. .kebanyakkan mcm betul jgk. . 6, 7, 9, & 10 tuh setuju la k0t. .brdasarkan pengalaman laa ^^

Mr. Swift said...

Haha. nasib je betul. XD

FH said...

da nama pun 'jantan' . huhuhu ;P

Mr. Swift said...

@FH - Eh kenape dengan jantan? kami lelaki. haha

nuurul.nadhirah said...

SOKOONG no. 9 and 4 huhu

ayut said...

hahaha..terbekk doh...lawak pon ad...layannnn~