My photo
Can I just skip this part? It's gonna be boring. This blog a bit floaty, never fixed and rarely stable. Hope you will enjoy it at least once. HAHA nvm. I heal, I raid, I grind, I QUIT, and the history? It's gonna repeat itself.

Perkara atau benda yang tidak patut ada pada blog manusia

Semalam aku terbace ni. Mungkin ada yang pernah baca entri yang macam ini sebelum ini. Tentang apa yang perlu ada dan perlu tiada di dalam sesebuah blog. Entri ini hanyalah sekadar pendapat sahaja tahu. Tetapi kali ini,mungkin ianya sama tapi tak berapa nak serupa. Y_Y Ianya mungkin akan membantu kita semua. Dan pada pendapat aku sekali lagi, ianya memang sangat-sangat membantu. Tak percaya? Pergi usha blog-blog di luar sana. Tapi, lepas habis baca entri ini lah okey please. Mereka cakap sharing sangat caring. Jadi, aku dengan muka tak berapa nak malu, akan sharing sebab caring juga. Tak banyak pun, dua benda. Diambil dari sini.


Dua benda yang mungkin akan menyebabkan ada pihak yang terasa hati, merajuk, mintak suruh hantar balik rumah mak lah, itulah inilah, banyaklah kau tapi aku tetap teguh menyatakan pendapat aku. Jangan risau, ini bukan entri provokasi ataupun entri cari gaduh, jauh sekali cari jodoh. Ianya hanyalah sekadar pendapat yang ingin di kongsi bersama, tidak kira anda seorang yang suka berkongsi kereta, ahli kongsi gelap atau duduk di rumah kongsi. Janji anda 'cool'.


1. Tak payahlah minta visitor atau reader tulis verification words bila nak bagi komen. Kadang kala, verification words yang di beri tu memang payah nak baca. Dua tiga kali juga cuba. Simpan emas apa dalam blog? Memang remeh macam makan sireh. Tapi mulut boleh jadi merah. Jangan risau dengan spam. Tak adanya orang yang nak spam-spam.Kalau di spam, ludah saja pakai sireh. Biasa betul. Sebab kalau word tu 'uNPiG' atau 'CyBay' nak cakap ape? Ape kes? Haha.


 Fart tau, jangan tak fart. T_T

Takut dengan Anonymous. Benda tu biasa, dan boleh di delete. Tak pun, simpan dulu komen, dah baca, baru approve kan. Yang mudah, janganlah di susah-susahkan.

2. Audio atau bunyi-bunyian. Sama ada ia adalah bunyi-bunyian yang datang dari Mp3, radio, Youtube dan sebagainya yang di set secara autoplay. Biasanya memerlukan masa untuk loading. Ia juga sebenarnya memakan bandwith yang besar juga jika anda hostingkan file bunyi-bunyian tersebut pada file host kerana setiap kali berlakunya view page blog, selama itulah berlakunya proses download dari hosting anda. Tapi alasannye.


    "Ikut suka hati aku laa nak letak apa blog aku"

    dan bab kato hati den,

    "Ikut suko hati den lah taknak masok dah blog ekau sebab den reader"


Juga, kasihankan pada visitor yang mungkin mementingkan penggunaan bandwith. Masalah kepada pengguna Berukband yang selalu download dan upload. Broadband unlimited? Connection unlimited, tapi bukan speed unlimited. Cukup had bandiwth, speed kembali berlenggang-kangkung. Aku pernah rasa. Selalu aku terkejut bila terlupa turunkan volume speaker, mulalah kesian aku vavi. Macam nak sumpit je tuan blog tu. Banyak pilihan. X kan ada. Harap ianya bukanlah antara salah satu faktor kenapa blogger Malaysia ramai yang sakit jantung semasa melayari internet. Haih. Last-last kena mute speaker amlas nak dengar.


Kalau tak tahan juga nak letak lagu kesukaan untuk menunjukkan yang kita adalah Die Hard Fan artist tersebut, hinggakan tak boleh tidur kalau tak dengar suaranya, setkanlah supaya ianya manual.



Lagi satu, please jangan letak pop-up advert sampai 10 k? Tobat tak nak bukak blog tu lagi.

10 comment(s) to remember:

FH said...

tau takpe. buat semak je. haha

ceqjulia said...

Dah follow dah...

A.N.I.T.H said...

tau xpe.kt nak komen pun susah hehehe

Mr. Swift said...

@FH - Haha, kan? Blog awk mesti cantik kan? :O

Mr. Swift said...

@ceqjulia - oh thanks! :)

Mr. Swift said...

@A.N.I.T.H - hehe, aah kan. nanti terus oh amlas nak komen. :p

nora said...

a'ah, annoyying sket bile kena macam tu, dari nak buka... terus cancellll... dah follow dah ekk...

sab said...

haha. stlye ah! :)

lIfE StIlL gO On... said...

saya skong kamu bile cakpa bukak nye page orang tue terus dengar volume kuat adoyay,kadang2 sakit telinga dengar sedap2 nak bace blog die tetibe terkejut jantung eden mu tahu,agagga

Hanie_Dew said...

hebat!..tadi baru baca tips baik punye..best la blog ni dah jadi blog wajib baca..hahaha...sila jangan kembang ye encik Ide...huhu..peace...