My photo
Can I just skip this part? It's gonna be boring. This blog a bit floaty, never fixed and rarely stable. Hope you will enjoy it at least once. HAHA nvm. I heal, I raid, I grind, I QUIT, and the history? It's gonna repeat itself.

Dah 10 Tahun Punye Cerita


Penat sudah buat assignment. Oh banyak jangan cakap la camne tahap pening kepaleeeeee. Sampai tahap xnak buat dah, nak tidor je senang. Oh sebenarnye bukan nak cakap pasal assignment tapi nak cakap pasal kenangan lama. Ya! semasa berumur 8 tahun. Muda lagi masa tu, hidung pun keluar hingus lagi. Tapi kalau selesema la. Sebab saya bukan budak hingusan macam anda semua. Mengaku jela. STOP!


Oh tiba-tiba teringat pasal kejadian yang berlaku masa saya comel dulu. Budak umur 8 tahun memang AUTOMATIK akan dikira comel ok. Bukan nak bangga ke hape, setakat beritahu. Sharing is caring right? Hahaha. Ohhh nak tahu tak? Masa tu saya Darjah 2. 2Maju koet kalau xsilap. Ceritanye camni sebenarnye, pada hari tu seperti biasa saya ke kelas tanpa memakai stokin dan tanpa pakai tie, sebab xreti nak pakai camna walaupun sebenarnye tie tu yang jenis berzip.


Adehh ape la bengap sangat masa tu. Mungkin sebab xminum susu berformula agaknya. Jadi saya kira ok la. Ranking dalam kelas sentiasa top 10 walaupun tanpa bantuan susu berformula. Sebenarnya saya memang xberapa setuju pasal susu ni, ada kawan saya anak orang kaya minum susu je kerjanya, tapi tapi tapi camtu la. Kalau pendapat saya ni xbetul mungkin agaknya susu yang dia minum tu tarikh luput lah koet. Atau mungkin effect susu tu ambil masa yang lama mungkin.


Ok banyak pulak tertulis. Sebenarnya nak cerita pasal kawan saya kena tampar masa berumur 8 tahun. Masa tu xada Sinar Harian so kesian dia, tiada siapa yang ingat dan cerita dia kena tampar pun luput ditelan zaman. Takpe-takpe aku ade, aku ingat! Sebab masa tu kelakar. Kelas bising, geng murai banyak dalam kelas. Tiba-tiba sedang geng murai ni buat kecoh. Datang seorang hero hindustan. Ya! itulah cikgu disiplin on his way to tampar murid. Nama beliau En. Affendi koet.


Hensem tapi bapak panas baran cibai. So die masuk kelas dan terus suruh kitorang senyap. Mungkin die dah 4 ke 5 kali menjerit. Tapi sebab kitorang budak-budak, lubang telinga kecik lagi, tak la dengar sangat. Effect pun terus jadi lambat. Kemudian inilah dialog antara beliau dan ketua kelas.






Cikgu    : Woi senyap lah! *ulang 5x. Mana ketua kelas ni? Apesal haaa kelas bising?
K.Kelas : Ya, saya k.kelas. Maaf cikgu, saya dah suruh mereka senyap tapi mereka xdengar cakap saya.  Er  er errr...
Cikgu    : Betul ke? Tapi tadi saya nampak awak pun bising jugak kenape? Nak tipu cikgu pun agak-agak la.
K.Kelas : Mane ade saya bising cikgu. Saya duduk tempat saya je ni study Kimia. *hotak die darjah 2 ade Kimia. *Ni tipu.
Cikgu   : Ohh kamu nak buat lawak ke? Saya nak gelak ni.
K.Kelas : Betul la, manew adew buat lawak. Sukew hati jew nak gelak.
Cikgu   : Ahh banyak cakap pulak budak ni. Mari sini.
K.Kelas : Mari ke mane pulak ni cikgu?
Cikgu   : Hish budak ni loyer buruk pulak. Mari kedepan la sayang.
K.Kelas : Ohh ok! *sambil bangga dalam hati sebab cikgu panggil die sayang.
Cikgu   : Ohh tadi kamu melawan cakap saya yer? Ambik ni. Penampar sulung naga kepala tujuh. Paaapppp!!
K.Kelas : Aduhhh, sakitnye. Kenapa cikgu tampar saya. Saya kecik lagi tawu. Dah la tadi panggil saya sayang. Repot kat ayoh! Repot kat emok koi!
Cikgu   : Dah jangan banyak cakap, lain kali jangan main-main dengan saya. Saya nak lepas ni kelas ni senyap. Faham?
Murid-murid lain : FAHAMMM!
K.Kelas : Sob sob sob... *sambil berjalan ke meja die untuk meneruskan study Kimia die tu la konon.
Cikgu   : *Blah dari kelas dengan muka macho, menghala ke kantin untuk makan.


Selang beberapa minit cikgu tu blah dari kelas. Keadaan menjadi bising kembali. Geng Murai kembali menguasai kelas. Aku? Aku masa tu budak baik. Duduk meja barisan depan, tengah-tengah sekali sebelah aku ketua geng murai. Aku sambung tidur. Tapi ade la jugak dengar k.kelas tu sound murid-murid lain suruh senyap. Tapi nak buat camne, 2 is better than 1 kan? Inikan pula 10 keatas lagi la. Tak dapat nak lawan geng murai. Die pulak yang kena ejek. Kesian die kene ejek camni : Woi tak malu ke menangis? Hek eleh cakap k.kelas tapi menangis. Cengeng betul! cengeng cengeng!


Hari tu aku tak dapat tidur dalam kelas sebab aku pun jadi ahli geng murai. Jadi setiausaha terus. Macam mane boleh ingat tiba-tiba pun xtahu. Dah la petang ni panas, kulit pun dah merekah. Baju jemur tadi pun dah kering jadi ikan kering. Opppss! terlebih sudah.


2 comment(s) to remember:

Anonymous said...

love everything except the dialog

no offense^^

Mr. Swift said...

haha. really? :)