My photo
Can I just skip this part? It's gonna be boring. This blog a bit floaty, never fixed and rarely stable. Hope you will enjoy it at least once. HAHA nvm. I heal, I raid, I grind, I QUIT, and the history? It's gonna repeat itself.

Bukan sengaja, sorilah

Kenapa eh sebab bila nak malam je mesti rase macam susah nak tidur, bila siang senang pulak nak tidur. Tak payah baring, sambil jalan pun boleh menguap sambil rase nak tido. Kadang-kadang sambil minum H2O pun boleh menguap, padahal dalam Biologi cakap H20 bagi tambah oksigen sekaligus ceragskan otak lalu xlah jadi mengantuk. Bila kat kelas lagilah melampau, menyampah betul sebab mesti rase nak tidur jugak camne-camne pun. Bukan sengaja, sorilah.

Tak payah makan pil tidur mahupun ubat batuk macam zaman sekolah dulu. Ubat batuk nak dapat stock memang senang, pura-pura sakit lalu boleh tidur di dorm manakala kawan-kawan lain berpeluh-peluh di kelas. Kemudian Cikgu HEM datang dia akan suruh tukar baju pergi klinik lalu dapatlah ubat batuk. Tapi ada jugak kalau salah teknik Cikgu HEM datang suruh tukar baju pergi kelas. Malu OK. Dulu sekolah lagilah lagenda dalam kelas, kerana bila masa addmath ,Ya addmath! pasti akan terlelap walaupun malam sebelum tu tidur awal sampai kan xstudy. Bukan sengaja, sorilah.

Sebab study malas lagipun study xmasuk ape jugak sebab banyak mengumpat sebenarnya. Ya! lelaki pun tahu mengumpat, mungkin lebih berbakat sebenarnya dari perempuan. Tapi sebab perempuan dah tempah awal-awal gelaran 'suka mengumpat' so lelaki bagi la. Kan perempuan suka lelaki yang suka mengalah. Sebab tu kami mengalah. Bukan sengaja, sorilah.

Tapi bila malam mesti susah, mesti xlelap macam siang. Nak kata period memang tak lah, aku lelaki pulak. Bukan sengaja, sorilah -_-'

0 comment(s) to remember: